Wednesday, November 26, 2008

More Fatwas

I do not want to be seen as belittling the Fatwa Council but I received this in my mail. Just wanna share with rest what possible decree
( fatwa) may come out of the council soon! Some paragraphs were deleted for sensitivity content. ( mesti safe guard mah)

Fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :


Disember 2008
Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam renang awam, terdapat orang-orang yang bukan Islam yang memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi). Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.

April 2009
Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila seorang Islam berada di Pulau Pinang, beliau mungkin terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau Pinang.

Jun 2009
Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer tidak mengandungi alkohol, namun perkataan "beer" ini boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa was-was. Ginger beer juga diharamkan.

Ogos 2009
Orang Islam dilarang makan di kedai Mamak. Walaupun mamak kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah India dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur India di dalam perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai pakaian buatan India.

Nov 2009
Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis. Ping pong berasal dari negeri China dan oleh yang demikian, mungkin terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism di dalam permainan ping pong. Orang Islam yang terlalu banyak bermain ping pong akan terjejas akidah mereka. Mereka juga dilarang dari main badminton kerana ia berasal dari Poonna dari India. Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain sepak raga (tetapi bola raga mesti buatan Malaysia, bukan dari Thailand).



When there are so many important things remain to be done, why must the Fatwa folks spend their time on little things.. tomboys, yoga, etc, etc. Why don't we ever hear any Fatwa on social justice, eradicating corruption and poverty, protecting single mothers, helping the poor, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society?

If you are a rationale, forward thinking Muslim, please speak up. If you choose to remain silent, it only means that you agree with whatever is happening. We do not want to sound like we are interfering with Islam and the fatwa council as we recognize that it is not a non-muslim issue yet we think that there are some more important issues that the council can address!

No comments: