Wednesday, August 5, 2009

Demonstrasi budaya siapa?

‘Mahathir Mohamad kata yang demontrasi bukan budaya kita’

“Najib kata sekiranya orang nak demonstrasi beliau boleh menyediakan stadium untuk berbuat demikian” (Mungkin pengalaman beliau sendiri kot di Stadium TPCA)

‘Saya akan menyeru pihak polis mengambil tindakan keras terhadap sesiapa yang berkumpul berdemonstrasi kerana ia adalah haram’

“Demonstrasi adalah budaya Anwar Ibhahim kata Mahathir Mohamad lagi’

Marilah kita imbas kembali adalah berdemonstrasi ini satu budaya baru atau sesuatu yang juga digunakan oleh UMNO masa dulu-dulu. Perhimpunan menentang Malayan Union oleh segolongan orang Melayu adalah sebab lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO. Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British sehingga kini.
Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidak puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyat majoriti.
Jangan buat buat lupa pula atau apa yang disarankan oleh Mahathir dulu yang ‘Melayu Mudah Lupa’

No comments: